Isnin, 23 Julai 2007

Wang Bukan Segalanya

Sukalah saya memulakan blog ini dengan sedikit peringatan bagi diri dan pengujung ruang ini. Sesungguhnya kehadiran kita di dunia ini adalah sekadar tetamu. Sementara sifatnya. Kehadiran kita adalah dengan misi atau tugas yang telah ditetapkan. Cuma kita yang manusia ini sering lupa dan tak kurang yang tidak tahu apa kerja yang mereka perlu lakukan di dunia ini. Akibatnya hiduplah mereka seumpama haiwan yang melata. Bangun pagi bersiap untuk mencari makan bagi dirinya atau keluarganya.Dah kenyang pergi mencari hiburan, cari pasangan, sama-sama suka mereka terbang sama (kalau burung). Setelah petang mereka semua akan mencari jalan pulang untuk tidur. Esok pun begitu. Sehingga ajalnya tiba.
Kita tidaklah sama seperti haiwan. Kematian haiwan tidak akan dipersoalkan. Manusia ini akan dibangkitkan semula dan akan dipersoalkan tentan empat perkara. Umur kita yang singkat ini untuk apa kita gunakan. Anggota badan kita kerja apakah yang telah kita usahakan di dunia. Ilmu kita bagaimanakah kita telah gunakan dan harta kita kemanakah telah kita belanjakan.
Wang atau harta kita dari mana didapatkan dan kemana kita belanjakan. Sesungguhnya kekayaan kita yang sebenarnya ada tiga kategori ;Pertama segala makan minum yang telah kita suapkan kedalam mulut kita. Kedua semua pakaian atau peralatan yang telah lusuh kita gunakan. Ketiga adalah Wang atau harta kita yang telah kita sedekahkan. Selainnya bukan kekayaan atau kepunyaan kita. Sebab misal kata kita telah menyimpan RM 1 juta , dan hari ini kita menemui ajal, menghadap illahi .Esok RM 1 juta itu telah kita tinggalkan ,maka jadilah rebutan orang yang masih hidup di dunia. Rumah besar kita akan jadi milik pasangan kita atau waris kita. Tetapi bagaimana kalau sekarang kita sedekahkan wang itu atau harta itu, sudah pasti esok wang dan harta itu masih menjadi kepunyaan kita diakahirat, sebab kita telahpun mati hari ini. Waris kita hanya akan mewarisi apa yang kita telah tinggalkan tapi bukan RM 1 juta itu dan rumah besar itu. Alangkah beruntungnya kita. Pihak lain dapat RM 1 Juta dan rumah besar tapi kita juga memiliki kekayaannya diakhirat.
Itulah yang saya kata wang bukan segalanya tetapi dalam kehidupan yang sementara ini segalanya memerlukan wang.

Tiada ulasan:

 

Design By:
SkinCorner